Nasihat Dengan Hikmah

NASIHAT lahir daripada sifat kasih saying dan belas kasihan sesama Islam. Menyampaikan nasihat sesamea umat Islam adalah bertujuan memperbaiki apa yang berlaku di kalangan manusia, menaruh belas kasihan kepada mereka dan mengajar mereka, berusaha memberi sesuatu yang berguna untuk mereka dan menghalang sesuatu buruk kepada mereka, membimbing dan mendoakan mereka, menyebarkan kasih saying sesama mereka, meluruskan tingkah laku mereka, memperbaharui pegangan agama, memperbetulkan kefahaman mereka dan mengembalikan semula kedudukan umat Islam ke tempat yang sebenar sebagai pemimpin dan pembimbing dunia. Para nabi diutus untuk menasihati umatnya. Firman Allah SWT : “Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama Aku masih berkesanggupan. dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah Aku bertawakkal dan Hanya kepada-Nya-lah Aku kembali”. (Surah Hud, ayat 88).

Seandainya umat Islam meninggalkan kewajipan memberi nasihat sesame umat tentulah kefasadan dan kesesatan akan merebak dan berleluasa. Oleh kerana itu nasihat bertujuan untuk menyelamatkan manusia daripada kebinasaan dan kehancuran.

Menerusi rancangan Pesona D’Zahra yang bersiaran pada minggu lalu jam 10.15 pagi, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin menyatakan bahawa terdapat dua dua kategori nasihat iaitu Lisanul Maqal (seruan, pengajaran dan nasihat)) dan Lisanul Hal (sikap, amalan dan akhlak). Adalah menjadi kewajipan manusia apabila member nasihat secara lisan, perlulah memberi teguran yang tegas dalam santun yakni mengunakan budi bahasa yang baik dan menyenangkan. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan ‘terasa hati’ pada diri seseorang. Namun, dalam kesantunan melakukan teguran, perlu ada ketegasan. Ini dapat memaparkan secara terus tentang hasrat kita yang bersungguh – sungguh dalam menegurnya. Perlulah mengawal emosi secara bijak supaya orang yang ditegur tidak berasa dimarahi. Ini bertepatan dengan firman Allah kepada Nabi Musa dalam misinya berdakwah kepada Firaun, mafhumnya: “Pergi kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, berbicara dengannya menggunakan perkataan yang lembut, mudah – mudahan dia akan ingat dan merasa takut (Surah Taha, ayat 33 – 34)

Dalam menghuraikan dua kategori nasihat seperti yang telah dinyatakan di atas, sebagai ibu bapa mereka disaran agar melakar peta kehidupan untuk anak-anak tetapi elakkkan memaksa anak bagi mengikuti peta kehidupan itu. Ibu bapa sewajarnya harus memberi kebebasan berfikir kepad anak-anak, membuatkan anak-anak menghormati dan menyayangi mereka. Malah ibu bapa juga perlu berfikiran terbuka dan belajar memahami kemahuan anak-anak .Didik anak-anak agar mereka tahu ke mana hala tuju hidup yang sebenar. Sudah menjadi sunatullah, sesiapa yang hendak mengubah ataupun mengarahkan orang lain, dia harus mengubah ataupun mengarahkan diri sendiri terlebih dahulu. Anak akan sukar menjadi anak yang baik jika ibu ataupun bapa sendiri tidak menunjukkan contoh teladan (role model) yang baik. Tidak dinafikan bahawa kebaikan dan perbuatan baik ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepad anak-anak .Begitulah juga sebaliknya. Ini kerana gerak geri ibu bapa adalah pendidikan secara tidak langsung kepada anak, terus ke sel-sel otak mereka yang sedang berhubung.

Anak-anak jika bersesuaian cara nasihatnya akan menerima dan mengikut perkara yang dinasihatkan khususnya jika nasihat tersebut datang dari orang yang dikasihinya. Hikmah bermaksud meletakkan sesuatu kena dengan tempatnya. Menggunakan perkataan yang lemah lembut pada tempatnya menghukum anak-anak bersesuaian dengan keadaan dan kesalahannya adalah hikmah.Pengajaran dengan nasihat dan bimbingan dengan penuh hikmah dan kasih sayang seperti mana pesanan Luqman kepada anak-anaknya. Pesanan memperlihatkan kepada anak-anak betapa besarnya harapan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Menyertakan senda gurau di dalam pengajaran untuk menggerakkan otak, menghilangkan jemu serta menimbulkan keinginan untuk bermesra-mesraan. Sesungguhnya nasihat-menasihati dianggap sebagi satu budaya yang terpuji dalam Islam. Allah SWT memuji kaum mukminin yang mengamalkan budaya nasihat-menasihati sekali gus menjadikannya sebagai salah satu syarat mencapai kecemerlangan diri.

Firman Allah SWT: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, nasihat menasihati dalam kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran. (Surah al-‘Asr, ayat 1-3). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan ketika meyampaikan nasihat. Pertamanya, perlu memberi peringatan atau berkongsi maklumat jika kita mahir dalam sesuatu perkara. Oleh itu, dalam hal ini, misalnya pasangan suami isteri disaran agar saling berpesan-pesan dengan kebenaran. Selain itu, Ustaz Muhammmad menyatakan kata-kata nasihat perlu disampaikan dengan menggunakan teknik-teknik yang kreatif. Para ulama pernah mengajarkan teknik-teknik tertentu agar nasihat menetap di dalam hati. Antaranya, jangan menyalahkan, namun buat ia merasa bersalah. Salah satu elemen penting yang perlu difahami sewaktu memberikan nasihat ialah membina jambatan yakni memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara.

Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk atau kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran. Umat Islam harus menyakini bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakal tanpa berputus asa dengan keputusannya Untuk itu, kita sebagai umatnya haruslah sentiasa konsisten dalam berdoa kepada- Nya agar terus diberi kekuatan untuk menyampaikan nasihat serta memohon agar saudara seagama kita yang menerima teguran atau nasihat dariapada kita akan diberikan petunjuk dan taufik hidayah oleh-Nya.

Tidak dapat dinafikan, manusia tidak boleh hidup bersendirian, jauh daripada kelompok masyarakat ramai. Justeru, hidup bermasyarakat menjamin kerukunan dan keharmonian sejagat. Untuk itu, nasihat menasihat sewajarnya dijulang supaya yang benar dan hak dapat dijunjung tinggi bersama, sementara yang salah dan batil pula sama-sama-sama dijauhi.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 8 Februari 2016
Kongsi Artikel ini :

1 Comment

  1. ADZHARFebruary 9, 2016

    a”kum,
    allahamdullialah………terang maksudnya dan faham akan mesej disampaikan oleh DJ
    terima kasih
    IKIM FM

Leave a Reply

Scroll to top