MYCARE Sasar Dana RM300,000 Perkasa Wanita Rohingya

KUALA LUMPUR, 11 September – Pertubuhan bukan kerajaan Humanitarian Care Malaysian (MyCare) dan agensinya Rose2Rose menyasarkan kutipan dana sebanyak RM300,000 untuk tahun ini dalam usaha memperkasa wanita Rohingya yang memerlukan bantuan.

Menurut Pengerusi Rose2Rose yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Mycare, Dr Fauziah Mohd Hasan kempen tersebut dibuat melalui kempen #ImpactAMother yang dilancarkan awal tahun lepas.

Antara pusat komuniti wanita dan kanak-kanak yang ditubuhkan ialah di Idlib, Syria, Antakya, Turki, Cox’s Bazar, Bangladesh dan Setapak, Kuala Lumpur.

Pada sidang media selepas program Lunch4Humanity MyCare di Kuala Lumpur Dr Fauziah berkata dana itu juga digunakan untuk membayar guru dari pelbagai negara yang sudi menjadi tenaga pengajar dan menurutnya  wanita dan kanak-kanak yang berlindung di pusat komuniti itu telah menerima manfaat pendidikan, latihan vokasional dan sokongan kaunseling.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top