MVM Hantar Misi Bantuan Kepada 6,000 Pelarian Syria Di Turki

SHAH ALAM, 6 Disember –  Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) akan menghantar misi bantuan baju sejuk dan kotak makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Turki.

Ketika ditemui selepas majlis pengenalan ikon MVM 2019/2020 dan Winter Mission 3.0 di Shah Alam, Selangor Presiden MVM Muhammad Jantan berkata, kira-kira lima sukarelawan MVM dan sukarelawan dari GPM dijangka menghantar sendiri bantuan kemanusiaan berkenaan pada16 hingga 25 Januari hadapan.

Lima tokoh dan selebriti telah dipilih sebagai Ikon MVM iaitu personaliti dakwah Malaysia, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim; penyanyi dan usahawan, Noorsyarmilla Jirin; kumpulan nasyid Inteam, pendakwah Milenia Musim Kedua, Dai’ Ahmad Izzhar Ahmad Nazri dan Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.