Mujahid Bawa Sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Masjid Dan Mangsa Tembakan

SEPANG, 21 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM174,000 kepada mangsa tragedi tembakan dan  kedua-dua masjid di New Zealand yang menjadi lokasi kejadian tembakan minggu lepas.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke New Zealand hari ini, beliau berkata sumbangan berkenaan daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri serta sebuah kumpulan media.

Datuk Seri Dr Mujahid turut berkata beliau diminta untuk ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia setelah rakyat Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, disahkan antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch, Jumaat lepas.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top