MPKK Digesa Mohon Geran RM10,000 Laksana Projek Jana Pendapatan Penduduk Kampung

IPOH, 7 Mac – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) digesa menyegerakan permohonan untuk mendapatkan geran RM10,000 bagi melaksanakan projek yang menjana pendapatan penduduk, keceriaan dan keselamatan kampung memandangkan peruntukan telah disediakan untuk 2019.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kelewatan merebut peluang itu akan menjejaskan pembangunan aktiviti MPKK kepada masyarakat kampung.

Menurut beliau, MPKK telah diberi penerangan mengenai geran itu dan dibimbing untuk menyediakan kertas permohonan menerusi kursus induksi yang telah dibuat oleh kementerian kepada MPKK di Melaka, Johor dan Kedah.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top