Mohd Na’im Mokhtar KP Baharu Jabatan Kehakiman Syariah

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Datuk  Dr Mohd Na’im sebelum ini menjawat jawatan ketua hakim syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau pernah menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam serta menjadi anggota Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Malah beliau  merupakan penyumbang bagi rancangan Dari Hati yang disarkan di  Radio IKIM.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top