Modul Stream Tabika Kemas Diperluas Ke Seluruh Negara Tahun Depan

JASIN, 11 Oktober – Modul pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) untuk taman bimbingan kanak-kanak (tabika) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diperluas ke seluruh negara tahun hadapan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun program yang menggunakan pendekatan belajar sambil bermain itu bertujuan meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak Tabika Kemas sebagai persediaan memasuki alam persekolahan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Program STREAM Tabika Kemas di Jasin ,Melaka beliau turut menjelaskan bahawa  modul pengajaran dan pembelajaran STREAM berkenaan juga akan dilengkapi dengan simulasi atau latihan praktikal yang bersifat interaktif (e-STREAM) berkaitan tema industri seperti astronomi, marin, minyak dan gas, kesihatan, robotik dan automotif.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top