Miliki Akhlak Yang Tinggi Dalam Pembangunan AI

KUALA LUMPUR, 20 Februari – Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) merupakan satu sistem yang berupaya untuk berfikir sendiri menerusi pembelajaran mesin (machine learning) dan ia dicipta untuk membolehkan komputer melakukan kerja-kerja dengan lebih baik berbanding manusia.

Tanpa  disedari AI telah mula digunakan secara langsung dalam bidang aplikasi dan perisian untuk terapi pertuturan, pembelajaran, perancangan dan penyelesaian isu yang pelbagai dan telah menjadi keperluan dalam industri teknologi dan kehidupan harian.

Bagaimanapun menurut Profesor Teknologi Maklumat, Kuliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohamad Fauzan Noordin berkata mereka yang menggunapakai AI perlulah memelihara etika dengan memiliki akhlak yang tinggi dan bersikap jujur dalam pembangunan AI dan penjanaan idea dalam Revolusi Industri 4.0.

Malah, beliau juga menyarankan agar konsep syukur  turut diberi penekanan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top