Mesir Lancar Kempen Dua Anak Sudah Cukup

SOHAG, 20 Februari – Kerajaan Mesir melancar kempen perancangan keluarga pertama ‘Dua sudah cukup’, hari ini, ketika populasi negara itu menghampiri jumlah 100 juta orang.

Difahamkan, populasi Mesir bertambah sebanyak 2.6 juta orang setahun, kadar itu tinggi bagi negara yang berdepan masalah bekalan air dan pekerjaan terhad selain sekolah dan hospital yang padat.

Menurut Presiden Abdel Fattah al-Sisi, dua ancaman terbesar Mesir adalah pertumbuhan penduduk dan keganasan.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top