Mengekalkan Keseimbangan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Meskipun dengan kesibukan jadual harian, adalah perlu untuk kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini untuk meluangkan sedikit masa berfikir dan bertanya apa yang patut dilakukan untuk menangani pelbagai ancaman alam sekitar yang dihadapi di bumi ini.

Hakikatnya, manusia sendiri telah memusnahkan alam semula jadi yang begitu diperlukan demi kestabilan bumi dan generasi akan datang. Malangnya, perlakuan itu jarang  sekali direnungkan bersama.

Oleh yang demikian menurut Felo Pelawat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr. Fachruddin M. Mangunjaya pelaksanaan teknologi hijau pada masa ini dilihat sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar, seterusnya memastikan manusia dapat menunaikan tanggungjawab secara langsung terhadap ciptaan Allah tersebut.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita IKIMfm ketika menjadi pembentang jemputan pada Kursus Amalan Hijau: Dari Masjid Ke Masyarakat anjuran IKIM di Kuala Lumpur

Dalam pada itu, beliau menyambut baik usaha menggalakkan masyarakat mengetahui teknik melupuskan al-Quran dengan cara betul supaya setiap helaian kitab suci itu yang musnah akibat bencana seperti banjir dapat dilupuskan dengan betul.

Kongsi Artikel ini :

1 Comment

  1. […] ¬†Mengekalkan Keseimbangan Alam Sekitar […]

Comments are closed.

Scroll to top