MB Terengganu Ucap Takziah Kepada Ibu Bapa Adam Raykal

KUALA TERENGGANU, 4 Julai – Menteri Besar Terengganu , Dr. Samsuri Mokhtar mengucapkan takziah kepada Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi dan isterinya, Farah Madiha Othman yang kematian anak mereka, Adam Raykal dalam keadaan sangat mengejutkan malam tadi.

Dalam kenyataan mewakili kerajaan negeri, beliau yang turut berdukacita dengan tragedi yang berlaku mengharapkan mereka sekeluarga tetap tabah meskipun berdepan dan melalui dugaan amat berat.

Adam Rayqal, 5 bulan ditemukan  meninggal dunia  di rumah pengasuhnya di kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor dengan mayatnya tersorok dalam ruang sejuk beku peti ais di rumah tersebut.

Jenazah bayi itu difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah di Kuala Terengganu pada malam ini , 4 Julai 2018(Rabu)

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.