MATTA Jangka 5,000 Jemaah Tunai Umrah Pada Awal Musim

KUALA LUMPUR, 5 September – Dijangka 5,000 jemaah dari Malaysia bakal mengerjakan ibadah umrah pada peringkat permulaan berikutan pembukaan musim itu yang lebih awal oleh kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Mohd Akil Mohd Yusof berkata ini berikutan jemaah umrah mempunyai pilihan satu bulan lebih awal iaitu September berbanding Oktober, untuk ke tanah suci tersebut.

Bercakap kepada pihak media Pada majlis pelancaran The Matta Islamic Halal Tour B2B for Far East Asia and Middle East 2018 di Kuala Lumpur beliau juga  berkata jemaah umrah juga berpeluang menikmati hingga 10 peratus penjimatan dengan pakej yang ditawarkan bermula serendah RM4,990 seperti ditetapkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)apabila mengerjakan umrah pada bulan tersebut.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top