Masjid Al Noor Dijangka Dibuka Semula Jumaat

CHRISTCHURCH, 21 Mac – Polis New Zealand dan kontraktor tempatan berusaha mempersiapkan masjid Al Noor, yang menjadi lokasi insiden tembakan rambang minggu lalu, bagi membolehkan penduduk setempat mengadakan solat Jumaat, esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh  jurucakap polis yang merujuk kepada masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch,New Zealand   yang menjadi lokasi serangan lelaki bersenjata minggu lalu.

Ketika ini, anggota polis masih mengawal kawasan di sekitar kedua-dua masjid terbabit, tetapi jurucakap polis berkata, mereka akan memastikan masyarakat Islam setempat boleh menunaikan solat di bangunan itu, esok.

Namun, jika masjid itu tidak dapat disiapkan sepenuhnya, solat Jumaat akan diadakan di Hagley Park yang terletak di seberang jalan, berhadapan masjid Al Noor.

Dalam perkembangan berkaitan Remaja yang mengimpikan untuk menjaringkan gol bagi kelab bola sepak Manchester United antara mangsa terbaharu pembunuhan beramai-ramai dua masjid di New Zealand yang dikebumikan hari ini.

Ratusan penduduk, termasuk pelajar, berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir penuh emosi kepada Sayyad Milne, 14, yang berminat dengan bola sepak dan antara 50 mangsa tembakan rambang pada Jumaat lalu.

Sementara itu Tariq Omar, 24, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak remaja, juga dikebumikan hari ini.

Pengarah Akademi Christchurch United, Colin Williamson, menggambarkan Omar sebagai ‘individu baik dengan hati luar biasa dan sukakan tugasnya sebagai jurulatih’. — AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top