Masalah Teknikal, Pesawat Saudi Airlines Mendarat Cemas

RIYADH, 22 Mei – Pesawat Saudi Airlines SV3818 yang dalam penerbangan dari Madinah ke Dhaka, Bangladesh terpaksa dilencongkan ke Jeddah, selepas pesawat mengalami masalah pada sistem gear pendaratan,

Memetik portal berita Arab News, pesawat jenis Airbus A330-200 itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz Jeddah.

Sebelum dibenarkan mendarat kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan pesawat  berlegar di ruang udara Jeddah selama beberapa jam dan terpaksa terbang rendah.

Pesawat dikatakan mengalami kerosakan yang besar, namun tiada kecederaan dilaporkan

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top