Masa Depan Malaysia Untuk Semua, Titah Sultan Nazrin

IPOH, 17 Julai – Tiada siapa patut diketepikan dalam perjalanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi matang agar setaraf dengan masyarakat dunia demokrasi maju yang lain.

Dalam ucaptama pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Kelima (WCIT 2018), Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah banyak yang perlu dilakukan bagi membolehkan golongan muda menjadi pemacu perubahan, bagi memperkasakan mereka agar percaya masa depan adalah benar-benar milik mereka untuk diacu dan dibina.

Selain itu,  baginda percaya Islam mempunyai banyak untuk ditawarkan kepada dunia dalam menangani cabaran terbesar masa depan manusia terutama dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis yang sama Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata Islamofobia dan ekstremisme telah menjadi krisis global, mengikis nilai-nilai mulia Islam pada pandangan bukan Islam,

Tegas beliau adalah amat penting isu itu ditangani dan persepsi terpesong mengenai Islam yang berpunca daripada tindakan segelintir ekstremis yang tidak menggambarkan Islam sebenar, diperbetulkan.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Maklumat Perak Prof Abdul Aziz Bari.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top