Malaysia Terus Konsisten Bantu Pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Malaysia akan sentiasa bertegas dan vokal dalam isu yang melibatkan penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar dan konsisten untuk membantu pelarian tersebut daripada terus dinafikan hak mereka.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata tiga perkara utama yang akan diteruskan kerajaan ialah menegakkan keadilan dan membawa mereka yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusa itu ke pengadilan dan diadili mengikut undang-undang antarabangsa, pemberian status kewarganegaraan Myanmar kepada etnik Rohingya dan membawa pulang mereka yang melarikan diri ke Bangladesh untuk pulang ke Myanmar.

Beliau memberitahu demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Antarabangsa Jalan Menuju Keadilan Bagi Rohingya:  Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mekanisme Akauntabiliti Anatarbangsa yang  lain di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Gombak dekat di sini, hari ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top