Malaysia Tertarik Komitmen Thailand Tangani Isu Kanak-Kanak Terbiar

BANGKOK, 24 Januari – Malaysia boleh belajar sesuatu daripada kaedah yang dilaksanakan Thailand dalam menangani isu bayi dan kanak-kanak terbiar serta anak-anak yang tidak mempunyai kerakyatan di negara itu.

Pada satu sidang media di Bangkok Thailand Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Malaysia tertarik dengan komitmen kerajaan negara jiran itu dalam memastikan kanak-kanak tersebut turut mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurut Timbalan Perdana Malaysia itu lagi beliau tertarik dengan usaha yang dilakukan pusat berkenaan dalam mencari keluarga terdekat kepada kanak-kanak yang terbiar yang diambil berlindung di pusat berkenaan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top