Malaysia, Singapura Bincang Tahun Depan

BATU PUTIH, 13 Disember – Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Singapura, awal tahun depan bagi mencari penyelesaian berhubung isu maritim yang belum selesai.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan membabitkan kementeriannya dan Kementerian Luar Singapura itu akan membincangkan mengenai garisan perairan kedua-dua negara yang kini menjadi pertikaian.

Beliau berkata demikian di Dewan Negara pada hari ini ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris yang bertanya sejauh mana hubungan Malaysia-Singapura membabitkan isu berbangkit baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Datuk Saifuddin turut berkata, Malaysia akan sentiasa berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan bagi menjaga hubungan antara kedua-dua negara dan pada masa sama menjaga kedaulatan serta kepentingan negara.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top