Malaysia, Qatar Dijangka Tandatangan MoU Kerjasama Bidang Kesihatan

DOHA, 27 November – Malaysia dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Qatar mengenai kerjasama dalam bidang kesihatan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, cadangan itu diutarakan semasa pertemuannya dengan Menteri Kesihatan Awam Qatar Dr Hanan Al Kuwari di Doha.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga hari ke Qatar, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata menteri kesihatan awam Qatar turut menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan ke Malaysia dan ini akan membolehkan perbincangan lanjut dibuat dengan rakan sejawatannya di Kuala Lumpur.

Datuk Seri Dr Wan Azizah turut berkata beliau amat berpuashati dengan lawatan beliau  ke Qatar yang disifatkan berjaya memperkukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Qatar.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top