Malaysia Naik Satu Anak Tangga Indeks Persepsi Rasuah 2018

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-61 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018, berbanding tempat ke-62 pada tahun lepas.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar, bagaimanapun berkata Malaysia berjaya mengekalkan skor 47 daripada 100 mata dalam tinjauan dilakukan CPI pada tahun lepas.

Ujar beliau  Malaysia berada di belakang Singapura (ketiga) dan Brunei (31), namun di depan Indonesia (89), Thailand (99), Filipina (99), Vietnam (117), Myanmar (132), Laos (132) dan Kemboja (161). 

Sementara itu, Denmark menduduki tangga pertama negara paling bersih rasuah dengan skor 88, manakala New Zealand di tempat kedua dengan skor 87. 

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top