Malaysia kutuk serangan di Masjid Al Aqsa

KUALA LUMPUR, 21 September – Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan untuk memisahkan bahagian serta ruang masjid itu antara umat Islam dan Yahudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan perkara itu kepada Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menerusi perbualan telefon hari ini.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kebudayaan Palestin, Najib turut berkata, Malaysia menyokong penduduk Palestin dalam berhadapan dengan kezaliman dan pencerobohan itu.

Meshaal berkata, keadaan berbahaya wujud di Baitulmaqdis disebabkan tindakan pencerobohan oleh tentera Israel.

Beliau turut menyuarakan terima kasih dan penghargaan beliau kepada kerajaan serta rakyat Malaysia berikutan sokongan mereka kepada penduduk Palestin dalam berhadapan dengan keganasan Israel.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top