Malaysia Cari Penyelesaian Isu Rohingya, Syria, Palestin

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Malaysia terus berusaha memastikan penyelesaian berkenaan isu etnik Rohingya, Syria dan Palestin meskipun percaturan politik antarabangsa menghalang tindakan konkrit diambil.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata pada  peringkat antarabangsa, Malaysia terus mengetengahkan isu Rohingya terutamanya dalam kerangka Asean, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN-Beluran) pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat yang ingin tahu hala tuju dan peranan berterusan yang akan dimainkan oleh Malaysia berkaitan usaha penyelesaian kemelut konflik serantau dan antarabangsa terutama isu Rohingya, Syria dan Palestin.

Dalam pada itu, Datuk Saifuddin  turut berkata Malaysia merupakan antara suara lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan sentiasa memberi sokongan padu dalam setiap perjuangan mereka sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.