Malaysia Bimbang Akan Pendirian Amerika Terhadap Palestin

KUALA LUMPUR, 13 September – Malaysia melahirkan kebimbangannya dan membantah keras pendirian terbaru Amerika Syarikat terhadap Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra), Malaysia menyatakan keyakinannya bahawa pendirian Amerika itu bercanggah dengan usaha mencapai penyelesaian menyeluruh dan berpanjangan bagi konflik Palestin-Israel.

Wisma Putra dalam kenyataan itu juga berkata tindakan kerajaan Amerika itu telah melemahkan sistem multilateral; menafikan realiti di lapangan; menyokong dan membantu Israel melakukan kekejaman dan dasar-dasar yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa; serta mencabuli hak-hak rakyat Palestin.

Kesemuanya adalah turutan daripada keputusan kerajaan Amerika untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan langkah berikutnya untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh banyak pihak.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm