Malaysia bantah AS gabung Konsulat Jeneral, Kedutaan di Baitulmaqdis

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia menentang keras tindakan Amerika Syarikat (AS) menggabungkan Konsulat Jeneral dengan kedutaannya di Baitulmaqdis.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyebut bahawa tindakan yang berkuat kuasa 4 Mac itu adalah langkah yang malang terbaru yang diambil oleh AS terhadap Palestin dan rakyatnya.

Difahamkan langkah itu  bukan saja membangkitkan persoalan mengenai kredibiliti Amerika sebagai ‘pengantara’ dalam konflik Israel-Palestin, tetapi juga soal objektif sebenarnya di Timur Tengah.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan akan memusnahkan rancangan penyelesaian dua negara yang mendapat sokongan majoriti komuniti antarabangsa

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top