Makkah “Diserang” Ribuan Cengkerik

MAKKAH, 9 Januari – Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.

Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Dalam pada itu Kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang baharu dan Arab Saudi sebelum ini sering berdepan dengan masalah serangan serangga termasuk belalang.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top