Majlis Tindakan Sara Hidup Rangka Pelan Tindakan Dalam Masa Dua Bulan

PUTRAJAYA, 27 September – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini akan merangka pelan tindakan yang sewajarnya untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Eksekutif dalam tempoh dua bulan selepas tarikh ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat pada hari ini mengambil maklum mengenai isu pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia yang dibentangkan oleh Jabataan Perangkaan Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya beliau berkata bagi tempoh 2016, lebih 50 peratus perbelanjaan adalah tertumpu kepada tiga kumpulan utama iaitu makanan dan minuman, perumahan dan utilliti serta pengangkutan.

Ujar Timbalan Perdana Menteri lagi pada mesyuarat itu, Kementerian Pengangkutan mencadangkan pelaksanaan pas bulanan tanpa had perjalanan Rapid Rail dan Rapid Bus Bersepadu dan diskaun untuk perkhidmatan KTM Komuter untuk pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top