Majlis Keselamatan PBB Akan Dengar Perkembangan Terbaharu Konflik Israel-Palestin

NEW YORK, 20 September – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis akan mengadakan mesyuarat bulanannya berhubung isu Timur Tengah (konflik Israel-Palestin), yang bakal menyaksikan anggota badan dunia itu akan diberi taklimat oleh Penyelaras Khas bagi Proses Damai Timur Tengah, Nickolay Mladenov, mengenai perkembangan politik, kemanusiaan dan keselamatan di rantau itu baru-baru ini.

Agensi berita Jordan, Petra melaporkan bahawa pada mesyuarat yang diadakan  majlis itu turut dijadual menerima laporan suku tahunan berhubung pelaksanaan resolusi 2334 bertarikh 23 Dis 2016, yang banyak memfokus kepada petempatan Israel.

Menurut resolusi 2334, majlis itu meminta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, untuk melaporkan setiap tiga bulan berkaitan pelaksanaan resolusi itu, yang diluluskan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.