Majlis Keselamatan Bincang Laporan Penggunaan Senjata Kimia Di Syria

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 7 Mac – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tertutup pada Rabu untuk membincangkan laporan terkini Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) mengenai penggunaan senjata kimia di Syria.

Laporan oleh pemantau yang ditaja PBB itu berdasarkan penilaian Misi Pencarian Fakta (FFM) mendapati terdapat “alasan munasabah mengenai penggunaan bahan kimia toksik sebagai senjata pada 7 April,” semasa pertempuran untuk menguasai Timur Ghouta.

Terdapat kesan klorin reaktif dalam sampel yang diambil kira-kira dua minggu selepas kejadian.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top