MAIS Teruskan Penguatkuasaan Jenayah Syariah

SHAH ALAM, 8 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan melibatkan semua kesalahan jenayah syariah termasuk khalwat, melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegaskan pelaksanaan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri serta diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua pihak untuk memberi maklumat berkaitan apa-apa perbuatan jenayah syariah yang berlaku untuk tindakan penguatkuasaan, ke hotline JAIS 1-800-88-2424.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top