MAIPs Sambut Baik Cadangan Pemegang Taruh, Tingkat Prestasinya

PADANG BESAR, 7 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyambut baik cadangan oleh pemegang taruh bagi mempertingkatkan prestasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) pada masa hadapan.

Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, cadangan-cadangan yang dikemukakan mesti berupaya menambah baik aspek pengagihan, pengurusan selain usaha untuk mengenalpasti asnaf.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, bertitah merasmikan majlis Apresiasi Penyumbang Zakat Pendapatan Kepada MAIPs Tahun 2018 serta sambutan ulang tahun Tentera Darat Ke-86 di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri di sini, hari ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top