Mahkamah Arab Saudi Dibenar SMS Notis Cerai Kepada Wanita

RIYADH, 6 Januari – Mahkamah Arab Saudi akan menghantar notis melalui sistem pesanan ringkas (SMS) jika mereka diceraikan, mengikut undang-undang baru.

Peraturan itu yang diluluskan kementerian kewangan bertujuan mengurangkan lambakan kes membabitkan lelaki yang mengakhiri perkahwinan mereka tanpa pengetahuan isteri masing-masing.

Langkah terbabit adalah sebahagian daripada gerakan pemodenan Arab Saudi yang diterajui Putera Mahkota Mohammed Salman, bertujuan menghapuskan stigma konservatif pada negara berkenaan.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top