Lokasi Baharu Bazar Di Jalan Raja Beri Keselesaan Kepada Pengunjung Dan Peniaga

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Lokasi baharu bazar Ramadan di Jalan Raja di Kuala Lumpur  bagi menggantikan bazar di lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) / Jalan Masjid India, akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung dan juga peniaga.

Sehubungan itu, jelas  Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh lokasi baharu itu akan menyaksikan bazar yang lebih bersih, cantik, menggunakan khemah besar dan petak meniaga lebih luas, selain kawasan jalan kaki lebih baik, sekali gus menjadikannya tersusun dan teratur, berbanding lokasi lama.

Beliau berkata lokasi asal tidak lagi sesuai memandangkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat banyak bantahan dan aduan daripada pemilik premis kedai berhampiran, selain isu kesesakan lalu lintas yang teruk dan juga masalah longgokan sampah sarap.

Datuk Dr Shahruddin menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) di Dewan Rakyat, yang ingin tahu sebab-sebab penutupan Bazar Rakyat di Jalan TAR yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan juga India ketika musim perayaan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top