Loji Nuklear Masih Diperlukan Di Malaysia

KUALA LUMPUR 19 September – Negara masih memerlukan pembinaan sebuah loji nuklear yang tidak sahaja menghasilkan sumber tenaga baharu tetapi pelbagai perkembangan teknologi berkaitan yang banyak memberikan faedah kepada orang ramai.

Presiden Pertubuhan Wanita Dalam Nuklear Malaysia (Women in Nuclear – WIN), Dr. Noor Hasnah Khairullah berkata, kerajaan berhak membuat keputusan untuk tidak memiliki loji tersebut tetapi demi masa hadapan untuk negara memiliki bekalan tenaga berterusan, keputusan tersebut perlu dikaji semula.

Beliau memberitahu perkara itu  dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Kali Ketiga Wanita Dalam Nuklear Malaysia (WIN) 2018 di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi Selangor.

Menurut Dr. Noor Hasnah  lagi  Malaysia boleh belajar dari pengalaman negara-negara lain yang mempunyai loji nuklear supaya negara bakal mempunyai loji nuklear yang lebih selamat dengan ciri keselamatan yang paling tinggi.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.