Lim Guan Eng Tidak Campur Tangan Urusan Umrah

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan menterinya, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukan melalui agensi pelancongan swasta atau bebas.    

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata tuduhan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah tidak berasas.    

Menurut kenyataan itu lagi, MOF telah membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu dan akan turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top