LGBT Bukan Isu Terpencil, Perlu Ditangani Bersama

IPOH, 11 Oktober – Perkembangan dan pertambahan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ketika ini adalah satu fenomena yang semakin menular dalam kalangan masyarakat dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani dan mengatasinya.

Justeru, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata penularan gejala songsang itu juga jelas memperlihatkan tanda bahawa dunia kini sudah semakin ke penghujung dan menjadi tanda-tanda kepada akhir zaman.

Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Gender dan Seks Songsang Dari Perspektif Islam pada satu program berbentuk wacana anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Bangunan Darul Ridzuan di Ipoh, Perak Datuk Dr Zulkifli turut menegaskan bahawa tindakan, hukuman atau polisi yang berkesan daripada pemerintah itu perlu bagi menangani gejala berkenaan demi memelihara agama, bangsa dan negara selain peranan berkesan daripada ibu bapa, pendidik, orang yang berpengaruh serta masyarakat keseluruhannya untuk terus prihatin dan mengambil berat isu yang berlaku.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top