Lepasan Sekolah, IPT Sabah Perlu Pastikan Mereka Boleh Diambil Bekerja

SIPITANG, 21 Oktober – Lepasan sekolah dan siswazah institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memastikan mereka mampu mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian masing-masing.

Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri Datuk Dr Yussof Yacob berkata terdapat jumlah siswazah menganggur yang tinggi selalunya kerana kelulusan mereka tidak mendapat permintaan tinggi di pelbagai sektor industri.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif “Ritz Supplier Staff Outstanding Performance” di Sipitang, Sabah.

Selain itu, Datuk Dr Yussof menggesa peserta industri dan sektor korporat untuk membantu kerajaan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah dengan mengadakan kerjasama dan memorandum persefahaman dengan institusi pengajian tinggi atau institusi kemahiran dalam pekerjaan yang mempunyai permintaan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.