Lebih Banyak Pihak Diseru Adakan Program Perkasa Wanita

BANTING, 26 Mac – Lebih banyak pihak  termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), disaran tampil memperkasakan wanita menerusi pelbagai program, sebagai usaha membantu menjayakan agenda pembangunan wanita negara.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program berkaitan memperkasakan wanita itu juga perlu dibuat berterusan, supaya golongan terbabit tidak terpinggir sekali gus dapat melibatkan diri dalam semua bidang.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap pada majlis  ‘Anugerah KLSCWO – Women of Excellence 2019’ di Universiti Mahsa di Banting Selangor.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top