Laungan Azan Jumaat Disiar Langsung Di New Zealand

CHRISTCHURCH, 20 Mac – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata azan semasa solat Jumaat akan disiarkan secara langsung di seluruh negara Jumaat ini selain dikehendaki berdiam selama dua minit.

Masjid Al Noor yang mempunyai kesan peluru semasa insiden yang mengorbankan lebih 40 orang sedang diperbaiki untuk digunakan pada solat Jumaat itu nanti.

Sementara itu, Majlis Imam Kebangsaan Australia menyeru imam menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Christchurch yang menjadi lokasi tembakan itu.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top