Laporan Siasatan Pembunuhan Jamal Khashoggi Dibentang Mei Ini

ISTANBUL, 29 Januari – Pakar perundangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka membentangkan laporan siasatan berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, selewat-lewatnya akhir  bulan Mei ini.

Bercakap kepada pemberita, wakil khas PBB, Agnes Callamard memberitahu, laporan itu akan didedahkan kepada umum pada majlis Hak Asasi Manusia PBB, pada bulan Jun ini.

Jamal yang merupakan kolumnis akhbar Washington Post dan lantang mengkritik Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman telah dibunuh di bangunan konsulat Arab Saudi pada 2 Oktober lalu sebelum mayatnya dialihkan.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top