Laporan Penuh Pengambilan Tenaga Kerja Asing Dibentang Dua Bulan Lagi

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Laporan penuh melibatkan  pengambilan tenaga kerja asing termasuk isu pekerja dari Nepal dijangka dapat dibentangkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata ketika ini ia masih di peringkat perbincangan kementerian dan apa juga keputusan bergantung kepada laporan yang akan dikemukakan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing.

Beliau menyatakan perkara itu ketika  mengulas mengenai isu pengambilan tenaga kerja asing khususnya dari Nepal yang dihadapi majikan di negara ini.

Dianggarkan ketika ini seramai 35,000 pengawal keselamatan Nepal berkhidmat dalam sektor perkilangan, pembinaan dan kawalan keselamatan.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.