Laporan Awal Insiden Lion Air Diumum Akhir November

JAKARTA, 12 November – Indonesia akan mengemukakan laporan awal siasatan insiden pesawat Lion Air terhempas pada 28 atau 29 November ini.

Perkara itu diumumkan ketua jawatankuasa keselamatan pengangkutan (KNKT), Soerjanto Tjahjono, ketika ini, kata beliau KNKT masih berusaha mengesan perakam suara kokpit milik pesawat Boeing 737 MAX.

Bagaimanapun, beliau berkata, agensi itu sudah memuat naik maklumat yang diperoleh dari perakam data penerbangan yang ditemui beberapa hari selepas kejadian itu pada 29 Oktober lalu.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.