Kuiz MudahUmrah IKIMfm

KUIZ MUDAHUMRAH IKIMfm

SOALAN TERKUMPUL MINGGU PERTAMA:

Soalan Segmen Warna PagiSoalan Segmen AspirasiSoalan Segmen DestinasiSoalan Segmen Ekspresi

  1. Dimanakah terletaknya IPG Kampus Temenggung Ibrahim?
  2. Apakah tema Sambutan Maal Hijrah 1440H?
  3. Apakah Bahan Terlarang yang terdapat dalam kebanyakan produk pelangsing yang diharamkan?
  4. Sebutkan TIGA bulan Haji?

  1. Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin dalam Pesona D’Zahra berkongsi tentang Retikular Activating System (RAS). Apakah nama lain bagi RAS ini dalam konteks rumahtangga yang Ustaz berikan?
  2. Siapakah nama anak baginda Rasulullah SAW yang lahir di malan hari dan keesokan paginya Rasulullah terus mengumumkan nama beliau tanpa menunggu 7 hari?
  3. Berikan 2 elemen penting dalam proses hijrah yang telah diberikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam Islam itu Indah?
  4. Kupasan pengajian matan Zubat dalam Tahsinul Ibadah oleh ustaz Ahmad Lutfi Muharam pada 6 september (khamis) dimulakan pada bait ke berapa?

  1. Apakah salah satu ibrah yang boleh diambil daripada kisah rancangan Ibrah bertajuk Yusof bermentorkan al-Aziz.
  2. Apakah definisi pelaksanaan penguatkuasaan perintah mahkamah (rancangan Tanyalah Peguam)
  3. Apakah nama segmen yang keudara pada hari jumaat jam 3.15 ptg
  4. Setiap hari berapa segmen/slot di IKIM ? dan kongsikan nama penyampai slot/ segmen-segmen tersebut?

  1. Sebutkan satu peribahasa yang dikongsi oleh Ustaz Mohd Hafiz mansor menerusi rancangan Akhlakuna bertajuk sifat tenang yang sifat gelojoh?
  2. Sebutkan nama tajuk buku yang diterbitkan oleh IKIM yang digunakan dalam rancangan Tafaqquh Fiddin?
  3. Berikan tajuk atau nama para sahabat yang dicerikatan oleh Ustaz Mohd Hazri Hashim dalam rancangan Hayatus Sahabah 6 September 2018

SOALAN TERKUMPUL MINGGU KEDUA:

Soalan Segmen Warna PagiSoalan Segmen AspirasiSoalan Segmen DestinasiSoalan Segmen Ekspresi

  1. Berapakah semester dalam pengajian STPM Modular?
  2. Apakah nama bot Misi Kemanusiaan yang membawa Dr. Afandi dan Zohar Chamberlain?
  3. Apakah teknik pembedahan yang sering dilakukan untuk merawat sendi bahu?
  4. Berapa hari tempoh kuarantin untuk menyucikan haiwan al-Jallalah seperti ayam dan itik?

  1. Apakah amalan pemula yang perlu ada dalam melakukan sesuatu termasuk dalam urusan rumahtangga yang dibincangkan dalam pesona di Zahra minggu ini
  2. Sila nyatakan nama kampung yang terlibat dalam program sumbangan buku kepada anak-anak tidak bernegara di Sabah yang telah dikongsikan oleh Cik Wan Roslili menerusi Syariah dan Perundangan?
  3. Berikan nama dinasti yang dikongsi oleh En. Husni Mohd Amin menerusi slot Agama & Peradaban
  4. Dalam matan zubad pada bait ke 254, dinyatakan bahawa ‘berdiri bagi yang mampu berdiri’ adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Soalannya ‘Berdiri bagi yang mampu berdiri’ adalah rukun solat yang ke berapa?

  1. Berikan 5 segmen yang keudara dari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.15 petang?
  2. Apakah definisi anak tak sah taraf dari segi undang-undang?
  3. Ada berapakah jumlah frekuansi IKIMfm di seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan sarawak
  4. Pada tahun berapakah IKIMfm ditubuhkan?

  1. Nyatakan 3 cara Rasulullah SAW sebut untuk berbakti kepada ibu bapa setelah mereka meninggal dunia yang dikongsi oleh Ustaz Mohd hafiz Mansor menerusi rancangan Akhlakuna edisi 10/9/2018
  2. Perbincangan rancanagan Tafaqquh Fiddin episode 29 (11/9/18) menerusi buku Kecelaan Tipudaya berdasarkan halaman mukasurat berapa?
  3. Rancangan Hayatus Sahabah edisi 12/9/2018 menerusi tajuk Saidina Abu Bakar As-siddiq adalah bahagian ke berapa?
  4. Nyatakan tajuk 2 buah buku yang dibincangkan menerusi rancangan Duniaku Buku edisi 13/9/18 bersama nama pengarangnya (penulis)

TERMA DAN SYARAT

  1. Kuiz ini dianjurkan oleh radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Oleh itu, IKIMfm berhak untuk membatalkan atau meminda semua atau mana-mana bahagian Peraduan atau Peraturan tanpa notis bagi sebarang kejadian yang berlaku di luar kawalan munasabah IKIMmfm.
  2. Sebarang perubahan kepada Peraturan, atau pembatalan kuiz ini, akan dipaparkan di laman Facebook, Instagram IIMfm
  3. Keputusan memilih pemenang adalah muktamad

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap sahaja. Bukti akan diperlukan pada masa pemberian hadiah.
  2. Kakitangan IKIMfm dan ibu bapa, serta ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, ibu bapa, anak-anak, adik-beradik dan pasangan masing-masing tidak layak untuk mengambil bahagian atau menang.
  3. Kuiz ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

TEMPOH PERADUAN / KUIZ

  1. Peraduan atau kuiz bermula pada 3 hingga 14 September 2018 iaitu selama dua minggu.

Kuiz minggu  (1) : 3 – 6 september 2018 & 7 September 2018 memilih pemenang
Kuiz minggu  (2):  10 – 13 september 2018 & 14 September 2018 memilih pemenang

  1. Soalan kuiz akan dikemukakan dalam setiap segmen iaitu Warna Pagi, Aspirasi, Destinasi dan Ekspresi. sebanyak 4 soalan setiap hari selama 4 hari (Isnin hingga Khamis) akan dikemukakan melalui radio IKIMfm, bermakna sebanyak 16 soalan perlu dijawab dengan betul untuk melayakkan diistiharkan sebagai pemenang Kuiz Mudahumrah.
  2. pendengar boleh menjawab kesemua soalan mereka melalui talian telefon 03- 62051500 apabila mendengar ‘Isyarat Memanggil di IKIMfm’ . Talian untuk menjawab soalan-soalan kuiz bermula dari segment Warna Pagi, sekiranya tiada pemanggil yang dapat menjawab dengan betul peluang untuk menjawab soalan masih dibuka ke segmen Aspirasi sehingga ke segmen Ekspresi.
  3. Seandainya pemenang telah ditemui dalam segmen warna pagi, nama pemenang akan diwar-warkan dalam semua segmen.
  4. Pendengar juga boleh berkongsi jawapan di talian wassup IKIMfm 011 29004004 untuk berkongsi jawapan mereka pada hari Jumaat (mengikut tarikh kuiz)
  5. Pihak IKIMfm juga akan menghebahkan nama pemenang di media social iaitu facebook dan Instagram IKIMfm

TAWARAN HADIAH  

  1. Dua pakej umrah tajaan mudahumrah.my bernilai RM7590.00 seorang. Pemenang akan berpeluang untuk melaksanakan ibadah umrah bersama syarikat umrah pihak penaja
  2. Pemenang boleh menuntut hadiah dengan IKIMfm dala tempoh 2 bulan
  3. Tarikh mengerjakan umrah mengikut pakej yang ditawarkan oleh pihak penaja
  4. Hadiah yang ditawarkan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.