Kuasai Bahasa Inggeris, Warga Pendidik Perlu Terus Main Peranan

KUALA NERUS, 7 Januari – Warga pendidik  diingatkan agar terus memainkan peranan dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang menguasai bahasa Inggeris.

Berucap pada majlis bersama warga pendidik negeri Terengganu di Kuala Nerus Terengganu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peranan guru amat besar dan penting dalam membentuk dan menentukan ‘jenis’ manusia yang menjadi warganegara Malaysia pada masa hadapan, dan lantaran itu kerajaan memberi tumpuan serius dalam bidang pendidikan.

Selain itu, ujar Tun Dr Mahathir kerajaan akan memperkenalkan sistem pendidikan yang lebih terarah kepada program membentuk rakyat lebih berwibawa dan mampu memajukan Malaysia dengan lebih pesat daripada dahulu dan sekarang.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top