Korea Utara, AS Adakan Perbincangan Peringkat Tertinggi Minggu Ini

SEOUL, 15 Januari – Pegawai kanan Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS) kemungkinan mengadakan pertemuan di Washington minggu ini untuk berbincang berhubung sidang kemuncak kedua membabitkan kedua-dua pemimpin negara itu.

Agensi berita Yonhap, memetik sumber diplomatik pada Selasa melaporkan bahawa Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dijangka menyambut ketibaan Kim Yong Chol, pembantu utama kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Sumber itu mengatakan kedua-dua pihak memutuskan untuk mengadakan rundingan empat mata. 

Namun setakat ini tiada sebarang pengumuman sama ada di pihak Pyongyang atau Washington berhubung perkara berkaitan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top