Korban Tanah Runtuh Indonesia Cecah 32 Orang

JAKARTA, 7 Januari – Sekurang-kurangnya 32 terkorban akibat tanah runtuh di Indonesia ketika kemuncak Tahun Baharu, kata pihak berkuasa hari ini ketika usaha mencari mangsa yang hilang selama seminggu, tamat.

Penyelamat yang menarik mayat daripada timbunan lumpur menghentikan pencarian dengan seorang mangsa masih hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir lumpur di wilayah Jawa Barat di Sukabumi.

Beberapa mangsa lain cedera dalam bencana pada  31 Disember lalu.

Tanah runtuh adalah bencana biasa di Indonesia, kepulauan tropika meluas terdedah kepada bencana alam dan hujan lebat.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.