Konsert Jelajah Anugerah Nasyid IKIMfm Bermula

PUTRAJAYA – Siri Konsert Jelajah Anugerah Nasyid IKIMfm bermula Ahad lalu, 2 November di Pentas 2, Dataran Perbadanan Putrajaya, Presint 3.

Program yang diadakan bermula pada pukul 5 petang itu disertai oleh artis tanah air dan nasyid seperti Najwa Latif, Naim Helmi, Mestica dan Amar juga tidak ketinggalan kumpulan Saujana, Hafiz Hamidun, Nowseeheart dan Daqmie yang memeriahkan acara pada sebelah malam.

Penerbit rancangan Carta IKIMfm yang bersiaran setiap hari Ahad, 10 pagi, Dj Mohd Erwan Johari berkata, siri konsert jelajah merupakan salah satu daripada program yang diadakan menjelang malam Anugerah Nasyid IKIMfm yang dijangka berlangsung pada 10 Januari 2015 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC.

Katanya lagi, selepas hampir sepuluh tahun tidak diadakan, 30 lagu yang terbaik sepanjang Januari 2013 hingga Jun lalu diambil kira untuk memasuki peringkat saringan.

Beliau turut berkata, 10 lagu yang akan berentap sebagai finalis anugerah akan diumumkan dalam satu sidang media khas pada 4 Disember nanti.

Pendengar, peminat nasyid dan industri media dakwah tanah air juga boleh mendapatkan pas masuk percuma dalam siri jelajah seterusnya pada 22 November di SACC Mall, Shah Alam bermula pukul 2 petang.

Sementara itu, penerbit bersama Anugerah Nasyid IKIMfm, Pn Mazlina Ismail berkata, IKIMfm memberikan 200 pas percuma melalui siri jelajah anugerah nasyid kali ini. Mereka adalah pengunjung yang hadir bersama para penyampai dalam siri konsert jelajah tersebut.

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top