Konsep Maqasid Syariah Diangkat Jadi Dasar Negara

PUTRAJAYA, 7 Januari – Konsep Maqasid Syariah akan diangkat sebagai dasar dalam pentadbiran negara, dengan kertas kabinet mengenainya akan dibentangkan kepada jemaah menteri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Warga Agensi Agama di Kompleks Islam di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, usaha asas memperkenalkan Maqasid Syariah telah bermula tahun lepas sejak beliau dilantik sebagai menteri dan kini usaha untuk diangkat menjadi ‘kertas dasar’ diteliti termasuk aspek formatnya sebelum dibentangkan ke Kabinet.

Pada majlis itu, Datuk Seri Dr Mujahid mengumumkan enam agensi agama diselaras semula dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyelarasan dan pemantauan hanya melibatkan aspek operasi, dan bukannya soal dasar.

Agensi berkenaan ialah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar); Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); TV Alhijrah; Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim); Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.