Konflik Hodeida : 149 Orang Terkorban

SANAA, 12 November – Sekurang-kurangnya 149 orang termasuk penduduk awam terkorban dalam tempoh 24 jam ketika pertempuran berlaku antara pasukan tentera kerajaan Ye­men dengan kumpulan  Houthi di Hodeida.

Pegawai ketenteraan mengesahkan seramai tujuh penduduk awam terkorban dalam pertempuran tersebut tanpa memberi maklumat secara terperinci.

Bandar Hodeida yang dikuasai  puak Houthi sejak  tahun 2014 merupakan pintu masuk kepada saluran bantuan ke Yemen.

Hampir 600 orang terkorban dalam pertempuran yang berlaku sejak 1 November lalu di bandar Sanaa.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.