KKM Sedia Timbang Cadangan Wajibkan Dua Daripada 12 Vaksin

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan mewajibkan suntikan tersebut melibatkan vaksin MMR iaitu bagi campak, beguk dan rubella serta vaksin difteria yang akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Malaysia 2019 di Kuala Lumpur  beliau juga berkata, ketika ini KKM telah menggerakkan pasukan petugas khas untuk mengkaji  semua cadangan dalam usaha mewajibkan vaksin imunisasi kepada kanak-kanak di negara ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top