Khabar Angin Kebocoran Instrumen Tidak Benar

PUTRAJAYA, 9 Oktober – Khabar angin mengenai kebocoran instrumen Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu Ujian Bertulis bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan calon dikehendaki menduduki semula kertas tersebut adalah tidak benar.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan menyebut bahawa tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula kertas tersebut kerana PT3 dilaksanakan secara Pentaksiran Pusat.

Lembaga Peperiksaan menyatakan demikian bagi mengulas berhubung berita yang tular di laman media sosial (WhatsApp) meminta pelajar untuk mengambil semula peperiksaan PT3 susulan kebocoran maklumat pada sesetengah subjek.

Paparan WhatsApp itu memaklumkan calon akan menduduki subjek Matematik dan Bahasa Inggeris pada 15 Okt ini dan Sains serta Kemahiran Hidup pada 16 Okt ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.